Selasa, 30 Oktober 2012

ALHAMDULILLAH PAKATAN RAKYAT SELAMATKAN RM500,000,000

arif air: Selangor selamatkan RM500 juta duit rakyat
(Oleh Norutul Ilham)
KUALA LUMPUR 30 Oktober: Meskipun baru empat tahun Pakatan Rakyat (Pakatan) mentadbir Selangor, negeri itu berjaya menyelamatkan RM500 juta wang rakyat daripada ‘diratah’ Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) dan Kerajaan Pusat dalam pengurusan industri air.
Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, kejayaan itu hasil daripada tindakan kerajaan negeri menyekat perjanjian yang ditandatangani antara Kerajaan Pusat dengan Syabas.

“Kita lakukan penyusunan semula (industri air) ini untuk (kenaikan) tarif air yang akan dikenakan oleh Syabas. Hingga empat tahun ini, menerusi penyusunan semula tersebut, sekurang-kurangnya rakyat Selangor sudah tidak perlu bayar hampir RM500 juta.
“Kalau ikut kenaikan tarif, kami telah selamatkan RM500 juta duit rakyat di tiga kawasan iaitu Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur,” katanya pada sidang media di Parlimen hari ini.
Ekoran itu, Ahli Parlimen Bandar Tun Razak itu bertegas untuk membangunkan teknologi membran bagi meningkatkan jumlah penghasilan air di loji rawatan walaupun Kerajaan Pusat berdegil mahu meneruskan pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2).
“Dari keluaran 4.8 juta liter sehari, kita dapati 33 peratus atau lebih 1.5 juta sehari air terawat tidak digunakan (NRW).
“Kalau kita selesaikan masalah air terawat, kita tidak memerlukan loji Langat 2. Memandangkan kos teknologi membran lagi murah iaitu RM800 juta dan kos Langat 2 adalah RM300,000 juta,” katanya.
Ahli Parlimen Gombak, Mohamed Azmin Ali yang turut sama dalam sidang media itu berkata, kerajaan Umno zalim dalam perjanjian air bersama Syabas yang hanya ‘membunuh’ rakyat.
“Saya nak rujuk data rasmi yang terkandung dalam perjanjian konsesi sedia ada di mana Syabas ada kelulusan daripada Kerajaan Pusat untuk naikkan tarif air kepada 37 peratus pada 2009 dan 25 peratus pada 2012,” kata Pengerusi KEADILAN Selangor itu.
“Kalau Kerajaan Pakatan tidak menyekat kenaikan ini, bermakna pada 2012, ada pertambahan sebanyak 25 peratus menjadikan harga air di Selangor, sebanyak RM2.38 per meter padu.
“Kemudian dalam perjanjian sama, kenaikan tambahan daripada 20 peratus pada 2015, dan 10 peratus pada 2018, dan bermakna pada 2018, rakyat Selangor perlu bayar RM3.15 per meter padu dan harga ini akan melonjak naik kepada RM3.83 pada 2030,” jelas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa itu.

Khamis, 11 Oktober 2012

PENGARAH FELDA DIROMBAK?

ROMBAKAN PENGARAH-PENGARAH FELDA



Pengarah beberapa bahagian utama Felda telah dipindahkan jawatan kerana "menyokong bekas pengurus besar Felda Zulkifli Wahab", dakwa Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK).

NGO yang memperjuangkan nasib generasi kedua anak Felda itu mendakwa, rombakan itu melibatkan pengarah tanah, sumber manusia dan jabatan kewangan.

Presidennya Mazlan Aliman mendakwa, mereka 'dibekukan' dengan diletakkan di Program Gedung Makanan bermula hari ini.

Beliau juga mendakwa, berdasarkan makluman "dalaman", kira-kira 20 orang dipindahkan daripada bahagian masing-masing.

Mazlan pada tahun lalu mendakwa Zulkifli dipaksa mendapatkan cuti belajar, ekoran perbezaan pandangannya dengan pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad berhubung usaha menyenaraikan Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) di Bursa Malaysia.

Jumaat, 11 Mei 2012

MUNAJAT & MAKAN MALAM DI SG TENGI MALAM INI





 Kat Sg Tengi, hulu Bernam  Ada , Kat Taman Melewar , Gombak pun ada, malah di Bukit Beruntung pun ada bersama DSAI.

Selasa, 13 Mac 2012

APA YANG MEROBEK JIWA MUDA MUDI SG. TENGI ?

Setakat ini belum ada info mengatakan semua pemuda yang terlibat ini berasal dari Sg. Tengi walaubagaimanapun dari mana mereka datang kita tidak setuju dan membantah dengan keras perbuatan keji dan zalim mereka yang masih muda ini.

SELAYANG - Lima sahabat termasuk dua beradik dihadapkan di Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan cubaan membunuh seorang remaja, yang tubuhnya melecur 80 peratus, di ladang kelapa sawit di Sungai Tengi Gedangsa, Hulu Selangor akhir bulan lalu. Mohd Nazrul Md Noor, 25, dan adiknya, Mohd Nazrin, 22, serta tiga rakan mereka, Mohamad Nor Akmal Tarmezi, 22; Muhammad Ammar Ashman Jamil, 21 dan Mohamad Firdaus Mohamad Sururi, 21, mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Maziah Joary Mohd Tajudin. Mereka didakwa cuba membunuh Muhammad Shahirudin Mohd Shauki, 20 dengan cara membakar mangsa menggunakan minyak petrol di Jalan Kampung Sepakat Mukim Sungai Tengi Gedangsa, jam 5.45 pagi, 26 Februari lalu. Polis Selangor sebelum ini telah menahan enam lelaki yang disyaki terlibat dalam kejadian itu.

Kesemua mereka didapati mengenali satu sama lain dan motif mereka membakar Muhammad Syahirudin  Mohd Shauki, 19, dari Kota Damansara disyaki akibat dendam. Pendakwaan terhadap mereka dikendali Timbalan Pendakwa Raya Ridha Abdah Subri mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan. Seksyen tersebut memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun, jika sabit kesalahan. Ridha memohon mahkamah tidak membenarkan ikat jamin terhadap semua tertuduh dengan alasan kecederaan mangsa yang serius."Mangsa tidak sedarkan diri sejak 26 Februari lalu (hari kejadian) dan kini beliau kritikal. "Mangsa kini berada di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Sungai Buloh," katanya. Bagaimanapun semua mereka merayu dibenarkan ikat jamin malah seorang daripadanya nafi mengenali mangsa. Mahkamah tidak membenarkan mereka diikat jamin dan menetapkan 10 April depan untuk sebutan laporan perubatan dan lantikan peguam.SH